STEM @ Kincir Angin
12 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2024, telah berlangsung STEM @ Kincir Angin. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang, NADI Tambun Tulang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran moto tangan dan kemahiran berfikir.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program STEM @ Kincir Angin adalah, pelajar tadika mewarna pada kertas yang diberikan, kemudian belajar untuk memilih warna yang sesuai untuk diwarnakan pada kertas, akhirnya, staf NADI mengguntingkan kertas yang telah siap diwarna dan dijadikan bentuk Kincir Angin.
Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta moto tangan mereka. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: